Ahad, 28 Jun 2015

KERETA SEWA RAYA ( Selangor / KL )


 

TEMPAHAN SEWA KERETA SUDAH DI BUKA..!!



Document Yang Diperlukan :-
  1. Salinan IC
  2. Salinan Lesen Memandu
  3. Salinan Utility bil (rumah Terkini)
  4. Salinan Pas Kerja (id card) / business card

Umtuk maklumat lanjut / tempahan sila tel :-

017-9523889
03-91910889
ridzmacarrental@gmail.com




SYARAT- SYARAT DAN PERJANJIAN PENYEWA / PEMINJAM KENDERAAN



Umum


·       Mempunyai lesen memandu Malaysia Kelas D yang sah.

·       Penyewa / peminjam kenderaan dilarang melakukan sebarang kegiatan jenayah
      atau melanggar undang-undang Kerajaan Malaysia. Jika ingkar, laporan polis akan dibuat.

·      Sebarang kerosakan / kecacatan / calar / pecah yang terdapat pada bahagian luaran atau dalaman kenderaan semasa tempoh sewaan / pinjaman, caj RM50(minimum) hingga RM2,000(maksimum) akan dikenakan terhadap penyewa / peminjam kenderaan terbabit. Jika ingkar, laporan polis akan dibuat.

·      Penyewa / peminjam kenderaan tidak dibenarkan menukar / mengambil sebarang alat ganti terhadap kenderaan yang disewa / dipinjam. Jika ingkar, laporan polis akan dibuat atas kesalahan jenayah ‘Kes Curi Spare-Part Kenderaan’.

·      Segala tuntutan saman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa adalah tanggungjawab  penyewa / peminjam kenderaan sepanjang tempoh sewaan / pinjaman berjalan.


Bayaran



·      Pelanggan/Penyewa bersetuju dengan harga yang diputuskan dan akan membuat bayaran penuh setelah menerima kereta sewa.

·      Segala bayaran hanya diambil SEBELUM kereta sewa diserahkan dan bukannya SELEPAS kereta disewa.

·      Jika pelanggan/penyewa berhasrat untuk menyambung kadar penyewaan kereta, anda dikehendaki memaklumkan kepada pemilik terlebih dahulu selewat-lewatnya 2 jam sebelum penyewaan tamat.



Kemalangan / kerosakan



·      Pelanggan/penyewa akan menghubungi pemilik sejurus berlaku sebarang kemalangan yang membabitkan kereta yang disewa.

·      Pelanggan/penyewa bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kereta yang disewa dan bersetuju untuk menanggung segala kos baikpulih/kerosakan yang berlaku semasa kereta dalam jagaan/sewaan pelanggan/penyewa.

·      Pemilik tidak akan menanggung apa-apa kos atau membuat tuntutan insurans atas apa-apa kemalangan yang berlaku SEMASA kereta dalam tempoh sewaan pelanggan/penyewa.

·      Pelanggan/penyewa juga bersetuju membayar kadar sewa harian yang biasa sepanjang tempoh kereta dimasukkan ke dalam bengkel. 



Saman / kesalahan trafik



·      Pelanggan/penyewa bersetuju bahawa kereta yang disewa tidak akan dipandu dengan tidak mengikut peraturan jalanraya.

·      Segala saman kesalahan trafik yang dilakukan semasa kereta dalam tempoh sewaan pelanggan/penyewa akan ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan/penyewa.

·      Pemilik akan menghubungi pelanggan/penyewa jika ada sebarang saman atau kesalahan trafik yang terbabit.

·      Pemilik akan merujuk nama dan pengenalan penyewa jika tidak menerima apa-apa bayaran berkaitan saman/kesalahan trafik yang dilakukan pelanggan/penyewa.

·      Pemilik juga melarang pelanggan membawa/mengangkut/menghantar apa-apa barang terlarang seperti dadah, senjata api, atau melakukan apa-apa aktiviti terlarang menggunakan kereta pemilik. Jika didapati melakukan sedemikian, pelanggan/penyewa bersetuju untuk dikenakan denda sebanyak RM 2000 dan laporan polis akan dibuat.

·      Pelanggan/penyewa dilarang sama sekali menggunakan kereta sewa untuk kegiatan jenayah seperti meragut, merompak, mencuri dan sebagainya. Jika didapati melakukan sedemikian, pelanggan/penyewa bersetuju untuk dikenakan denda sebanyak RM 2000 dan laporan polis akan dibuat.

·      Penyewa / peminjam kenderaan tidak dibenarkan menukar / mengambil sebarang alat ganti terhadap kenderaan yang disewa / dipinjam. Jika ingkar, laporan polis akan dibuat atas kesalahan jenayah ‘Kes Curi Spare-Part Kenderaan’.



Lain-lain



·      Pelanggan/penyewa tidak berhak mempertikaikan syarat-syarat yang dipersetujui di atas ke mahkamah jika berlaku sebarang masalah.